Archive for September, 2011

My Sincere Apology.

Posted: September 27, 2011 in Itu Andy

Yeah! It’s my birthday!

I was born at this DATE. I am not able to reply all of your comments and messages personally but I would maintain that thanks are the highest form of thought, and that gratitude is happiness doubled by wonder…

Thankfulness is the beginning of gratitude. Gratitude is the completion of thankfulness. Thankfulness may consist merely of words. Gratitude is shown in acts. Please accept my deepest gratitude as I am generously giving a FREE HUG to everyone…

A million thanks for all your birthday wishes! xoxo

 

.

My Dreams.

Posted: September 25, 2011 in Itu Andy

What is your dream? Sama tak?

Semua orang ada impian sendiri, same goes to me. Confirm, nak jadi kaya, hidup senang and banyak duit tu impian kebanyakkan kita. Itulah impian saya. Saya pernah hidup susah yang agak dashyat satu ketika dulu dan saya sudah pun berganjak daripada fenomena itu alhamdulillah. Walaupun keadaan sekarang memang berat dan sempit, tapi Insyallah luck saya dah sampai.

Saya sekarang berada pada fasa ke-4 daripada 6 fasa masa saya. Saya sedang merangka, mengumpul, mengutip dan mengatur strategi untuk kebangkitan saya semula. Benar duit bukan segalanya tetapi zaman sekarang semuanya memerlukan duit. Kita takkan mampu membantu insan lain jika kita sendiri sempit; sempit dari segi kewangan dan diri. Dari segi kewangan, ianya amat straight to the point. Tetapi dari segi diri pula ianya melibatkan tenaga, kesihatan, masa dan minda.

Maybe ada dikalangan pembaca artikel ini akan mengatakan “Ala sekarang belum kaya bolehlah cakap. Dah kaya esok haram nak tolong” atau “Cakap je lebih sebab kebanyakkan orang bila dah senang dah tak ingat orang lain”. Tapi saya yakin lebih ramai lagi yang akan mengucapkan “Amin” selepas membaca artikel ini sebab anda adalah insan yang terbaik diciptakan oleh Allah dan saya yakin anda bukanlah dikalangan orang-orang yang suka bersangka-sangka.

Saya menyangkal sekeras-kerasnya orang yang bersifat negatif tadi kerana saya ada kenalan yang wealthy dan pemurah. Mereka bukan sahaja lend a helping hand dengan sekadar memberi sumbangan kewangan, malahan mereka memberikan tempat tinggal, pakaian, sara diri, pendidikan non-stop selagi mereka mampu kepada insan-insan yang memerlukan! Saya saksikan sendiri dengan mata kepala saya. Semoga Allah kekal memurahkan lagi rezeki dan melimpahkan kurniaNya kepada mereka supaya mereka boleh membantu ramai lagi insan-insan yang kurang bernasib baik, amin.

Selain itu juga, impian saya adalah untuk kekal romantik and grow old dengan isteri saya. Walaupun waktu tu kulit dia dah ronyok tak boleh diseterika, saya akan tetap pegang tangan dia, peluk dia, kiss dia, tengok movie dengan dia, pergi dating dengan dia, pergi dinner dengan dia, share stories dengan dia and masak untuk dia. Saya akan pastikan kami akan menjadi contoh kepada anak-anak dan cucu-cucu kami supaya mereka juga akan mengikut jejak langkah kami suatu hari nanti…

Amin.

Tua Bersama.

Posted: September 25, 2011 in Tentang Dia

 

Grow Old With You by Adam Sandler

I wanna make you smile whenever you’re sad
Carry you around when your arthritis is bad
All I wanna do is grow old with you

I’ll get your medicine when your tummy aches
Build you a fire if the furnace breaks
Oh it could be so nice, growing old with you

I’ll miss you
Kiss you
Give you my coat when you are cold

Need you
Feed you
Even let you hold the remote control

So let me do the dishes in our kitchen sink
Put you to bed when you’ve had too much to drink
Oh I could be the man who grows old with you
I wanna grow old with you

Perjuangan yang Belum Selesai.

Posted: September 25, 2011 in Itu Andy
By Tun Dr. Mahathir Mohamad

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
Dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah beerti mara
Mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
Asalkan langkah itu yakin dan cermat
Bagi memastikan negara
Merdeka dan bangsa terpelihara
Air mata sengsara
Mengiringi setiap langkah bapak-bapak kita 

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan
Ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
Wira serantau yang tidak mengenal
Erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
Berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
Melupakan kegemilangan silam
Dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan
Memuliakan bangsa
Kerana hanya bangsa yang berjaya
Akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
Tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
Buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu
Menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya

Erti Sebuah Pengorbanan.

Posted: September 22, 2011 in Itu Andy

If nak cerita pasal erti sebuah pengorbanan ni memang panjang. If saya karang satu artikel panjang, belum tentu ramai yang nak baca. So, saya simplifieskan cerita yang nak saya sharekan dalam artikel ni supaya mudah dikongsi bersama. Jadi, jive la dengan tagline “If you can’t do great things, do small things in a great way”.

During zaman 80’an dulu business abah alhamdulillah maju selepas abah bekerja berhempas-pulas siang sampai malam nak cari modal berniaga. Dari kerja buat tong drum, kilang papan, kilang buat kereta Fiat, bawa teksi sampai jumpa hantu hinggalah sekarang abah dah ada perniagaan sendiri yang amat boleh dibanggakan bagi diri saya sekeluarga.

Lebih kurang pada tahun 1987-1989 business abah jatuh disebabkan kegawatan ekonomi negara pada waktu itu. Van dijual sebab nak dapatkan balik modal berniaga. Masa tu umur saya lebih kurang 6-7 tahun. Satu malam tu macam biasa kami sekeluarga makan malam. Tapi ada perkara yang terjadi yang membuatkan dinner pada malam tu lain dari malam-malam yang lain.

Saya makan dengan happy bersama adik saya sampai saya realized sesuatu and saya tanyakan pada mak. “Kenapa mak makan nasik sikit sangat? Abah tak makan ke?”. Mak saya bilang “Along dengan Ajib (Firdaus) makanlah. Mak nak jamah je. Abah tak lapar” sambil bunyi “Sroooooootttttt” mak tarik hingus. Saya nampak nasi putih tak sampai segenggam and tak ada lauk dalam pinggan mak. Abah baring tutup mata cuba nak tidur. Pelik plak abah ni nak tidur jam 8:00 malam?. Tak pegi clubbing ke? Hehehehehe.

Then saya noticed saya makan nasi sama lauk telur mata lembu dengan kicap kipas udang kaler merah manis punyeeee favorite saya. Lepas makan semua terus tidur awal. Saya bangun balik sebab sebenarnya saya tak boleh tidur pon malam tu sebab memikirkan keganjilan yang berlaku tadi. Saya bangun pergi ke dapur. Saya selongkar barang-barang kat dapur tanpa meninggalkan bahan bukti supaya mak tak ada reason nak menghanger punggung saya yang manthop ini pada keesokkan harinya nanti. Then saya baru tahu reason kenapa mak makan nasi yang tak sampai segenggam and abah cuba tidur awal tanpa menjamah sebarang makanan langsung demi untuk isteri dan anak-anak beliau. Masa tu abah dah tak ada duit langsung nak beli barang dapur plus barang dapur semua dah habis. Beg plastik beras dah kosong langsung sampai tak ada sebutir beras pon yang tinggal. Patutlah mak tarik hingus panjang and mata merah berair…

I was super duper sedih and pada umur 6-7 tahun tu lah saya start faham apa itu masalah. Malam tu juga saya berjanji pada diri saya sendiri yang saya tidak akan sekali-kali mensia-siakan mak, abah dan family saya walaupun sedetik. Malam tu juga saya mula belajar untuk menjadi seorang yang matang supaya saya mampu memecut kehadapan demi untuk membalas balik jasa mak, abah dan keluarga saya. FYI abah and mak, anak-anak abah dan mak bukan anak-anak biasa. Biarpun kami tak disajikan dengan kemewahan material tapi kami kaya dengan kasih sayang dan pendidikan yang telah diberikan.

Doa Along, semoga mak dengan abah dipanjangkan umur, supaya Along boleh balas dan berikan kesenangan kepada mak dengan abah, supaya Along mampu membalas pengorbanan mak dengan abah, sebab Along nak mak dengan abah rasa balik semua pengorbanan yang mak dengan abah berikan dulu…Amin.

Jangan Baca!

Posted: September 21, 2011 in Et Cetera

Degil. Aku dah bilang jangan baca kau baca jugak…

Hehehehehe

Antara benda-benda yang tercapture dalam minda dari dulu sampai sekarang antaranya ialah perangai seseorang individu. Antara yang amat ketara ialah bila seseorang tu dari tak ada pangkat sampai dah ada pangkat sikit sampai yang ada pangkat besar.

Masa zaman secondary school dulu ada sorang cikgu displin baru Cikgu K nama dia. Sebelum jadi guru displin, dia relax je tak kecoh or buat onar dekat budak-budak sekolah. Tapi satu hari Cikgu H resigned dari jadi cikgu displin, Cikgu K ganti. Mulalah satu lagi era baru bagi kami di SMBBU.

Bila naik pangkat, tahap kebelagakkan dia naik mencanak sampai tahap dewa. Siapa jek lalu depan dia walaupun pegi toilet memang cari nahas, confirm kena zassss. Sampai satu hari bila semangat pariyappa few students dah melangkaui batas-batas norma, buku kerja guru yang bersaiz kertas A4 dan berkulit tebal kepunyaan Cikgu K itu sendiri hinggap di dahi jendulnya dikala tersembur cermin mata tebalnya ke arah bahu kiri beliau, barulah beliau sedar bahawa malaikat Izrail itu hampir sudah dengan diri beliau barulah keinsafan hadir menembusi panchaindera yang beliau tak pernah gunakan dengan baik dahulu. Alhamdulillah beliau insaf…

Even hingga sekarang saya masih mendengar cerita-cerita tentang individu-individu yang dahulunya boleh dikatakan tidak banyak bersuara, berjalan dengan cara jalan yang biasa tetapi berubah menjadi seorang yang cara percakapannya kasar dan tidak beralas seperti dahulu, berjalan mengepak dan sebagainya. Semua ni terjadi apabila beliau dinaikkan pangkat.

Conclusionnya, di mana kita berada, tinggi mana pun pangkat kita, selalu ingat bahawa kita pernah bermula dari bawah. Tanpa support dari bawah, bangunan tinggi yang indah takkan mampu berdiri megah. Tambahan lagi jika anda mempunyai latar belakang “Customer Service” dalam karier anda. Anda perlu ingat bahawa kalianlah orang yang sepatutnya mempunyai nilai budi pekerti, sopan santun, adab, tingkah laku dan perangai yang paling tinggi daripada individu-individu lain yang tidak pernah ada latihan “Customer Service” yang formal dalam hidup mereka. Bermulalah dari sekarang kerna anda belum terlambat…

To Be Or Not To Be.

Posted: September 20, 2011 in Itu Andy

I’m in a dilemma. Based on definition in Wikipedia, dilemma (Greek: δί-λημμα “double proposition”) is a problem offering at least two possibilities, neither of which is practically acceptable. My phone rang this morning at 9:48AM:

Woman: Hello. Good morning. May i speak to Mr Fairuz Hassan?

Me: Yes, speaking. May I know who’s on the line please?

Woman: I’m E***** from ** Recruitment. My client interested to have you to join them for Senior Executive position. Are you free for an interview tomorrow at  C****** Tower Jln Ampang at 2:00PM? The company is one of the biggest yada yada yadaaa. Yada yada yada also.

Me: Sure. I’ll be there 30 minutes earlier.

Woman: It will be great. Thank you Mr Fairuz. I’ll email you all the details and the JD.

Me: You’re most welcome E*****.

It would be great if I received this call few months back. Currently, I’ve planned everything from A-Z what I want to do and etc. So the dilemma is to choose from working at home which I always dream of or back to square one.

Most of my friends always want to set up a business because we believe business can generate more income. “Jom berniaga nak Andy?” or “Jom la business Fairuz” are the usual questions that came out every time we talked about financial matters. But each time I asked “What business do you wanna do?” the answer will be “I don’t know. Try la cari apa-apa business yang belum orang buat and masyuk. Ko cari la idea.”  Dang! not helping at all.

I moved from my comfort zone on the 15th January 2011 to a risky situation which from a very big company to a person which is not a company. I dare to take the challenge because I always believe that I can do it. Now, I have the answers for the question that they asked me before. Here another chapter of my life begins…

Asides to the long stories of miserable time that I have been through, I’m in a dilemma. Either to maintain “Kerja Saya” or back to makan gaji. “Kerja Saya” will definitely offer the best income plus freedom of time. But before achieving the pleasure, I not only need to work hard but to work smart.

To be or not to be…