Archive for October, 2012

Aidil Adha 2012.

Posted: October 26, 2012 in Itu Andy

 

Salam.

It’s has been a while since I posted new story and experience to share with you. But today, I would like to share a story that just happened this morning. The story that I prefer to tell in bahasa.

Before saya mulakan, saya ingin mengingatkan kepada anda yang membaca bahawa artikel-artikel yang pernah saya tulis dan yang akan saya tulis ini tidak pernah ada rasa untuk menunjuk-nunjuk, riak dan apa-apa sahaja unsur negatif yang manusia boleh terfikir. Dengan nama Allah, ianya adalah untuk menyedarkan diri saya sendiri, ahli keluarga yang sedia ada, dan paling utama untuk pengajaran dan iktibar kepada anak cucu saya yang akan datang kerana apabila ketiadaan saya satu hari nanti, mereka boleh membaca semua artikel saya dan nilaikan dengan akal yang waras mereka. Mudah-mudahan, artikel-artikel yang saya tulis ini akan menjadi salah satu ilmu yang akan dibawa mereka hingga ke liang lahad Insyallah.

Semalam semasa di rumah, saya sudah menyiapkan baju melayu yang lengkap dan saya gantungkan baju melayu hitam itu di dalam bilik baju yang berdekatan dengan pintu supaya saya tidak akan terlupa untuk membawanya. Tentatif saya pada hari semalam ialah keluar settlekan beberapa kerja, dinner bersama family tunang saya kemudian bermalam di Ampang rumah tunang saya. Planning saya pada Raya Aidil Adha ialah solat hari raya dan kemudian terus menghadiri majlis rasmi di Balai Undang Luak Jelebu dan bermalam di sana. Semua sudah saya persiapkan satu hari sebelum hari raya.

Pagi raya, saya bangun dari tidur and realise yang saya tertinggal semua persalinan baju melayu di rumah. Saya tak bawak satu pon kecuali baju tidur yang saya tak pakai langsung untuk tidur malam tadi sebab dah penat sangat. Untuk pengetahuan anda, alhamdulillah saya dikurniakan dengan daya ingatan yang kuat. Saya jarang lupa tentang sesuatu perkara. Saya mandi dan bersiap untuk ke Masjid Bukit Indah Ampang. Masa saya sedang bersiap saya fikir “Tak apalah, pakai je apa yang ada. Allah bukan menilai seseorang dengan pakaian dan luaran tetapi Dia melihat hati yang bersih dan ikhlas”. Itu fikiran saya.

 

The outfit.

Saya keluar and drive terus ke masjid. Dalam perjalanan, semua orang memakai baju melayu yang cantik-cantik. Ada juga yang tidak memakai baju melayu tetapi mereka memakai baju kemeja dan bersongkok atau berkopiah. Saya park kereta depan 7-Eleven. Sepanjang berjalan kaki ke masjid, saya rasakan amat kerdil sebab saya tidak berpakaian seperti mereka. Tapi saya masih di landasan nawaitu saya, Lillahitaala. Sampai masjid, ruang penuh and tak ada ruang langsung untuk jemaah-jemaah yang datang untuk bersolat. Tanpa ada masalah, kaki saya melorong ke arah satu saf di luar bahagian tangga di perkarangan masjid. Dan alhamdulillah, dengan mudah saya mendapat satu ruang kosong yang tidak ada seorang pon mahu memenuhi ruang tersebut betul-betul di sebelah kaki tangga masjid. Kiri saya tangga dan sebelah kanan saya seorang pakcik india muslim yang amat uzur keadaannya. Saya hulurkan tangan dan memberi salam. Dia seakan terkejut, melihat terus mata saya, senyum, menjawab salam dan mengucapkan Alhamdulillah. Beliau tak lepaskan tangan saya terus tapi beliau menghalakan tangan saya ke bahagian dada beliau dan memeluk tangan saya seketika. Dengan spontan saya memeluk beliau.

This is exactly how he looks.

Ketika itu solat sudah hendak bermula. Pakcik tadi menegur saya dan berkata ” You should take my place. Let me pray at your place. You will be more comfortable here”. Yes, dia speaking English. Saya tak nak tukar tempat sebab tempat saya sekarang sebenarnya susah untuk solat kalau saya nak rukuk sebab belakang saya ada tiang masjid. Untuk rukuk dan sujud, saya perlu beranjak kehadapan supaya saya boleh rukuk dan sujud dengan sempurna. Tapi pakcik tadi berkeras jugak nak tukar tempat dengan saya. Dia tarik-tarik tangan saya sambil berkata “Please, please, take my place. This place suit you well”. Saya tetap enggan kemudian pakcik tu berkata “Please son, take this place. Bismillah, bismillah”. Bila saya dengar “Dengan nama Allah”, saya akur. Kami bertukar tempat.

Solat bermula. Bila takbir habis, kami rukuk, kami sujud. Tapi bila sampai duduk diantara dua sujud, saya terus menangis. Yes, saya nangis. Pakcik tadi sebenarnya tidak boleh duduk diantara dua sujud. Keadaan beliau seperti di bawah ini:

Gambar hiasan.

Selesai solat, saya tidak fokus dengan doa yang dibaca. Tapi saya meneliti keadaan pakcik tadi. Saya baru sedar bahawa beliau mempunyai masalah kesihatan. Beliau bertongkat kerana kaki beliau tidak kuat. Kuku kakinya bersih baru dipotong. Sepanjang doa dibaca, saya menangis. Saya tidak hiraukan saudara bangladesh disebelah kanan saya yang dah notice saya dah kesat air mata banyak kali dari time solat lagi. Pakcik tadi menggerakkan tangan beliau, mengeluarkan RM1 dan menggenggam. Same goes to the bangladeshi sebelah kanan saya. Mereka menderma dalam karung yang dibawa oleh salah seorang nazir masjid.

Selesai doa, semua orang keluar. Saya masih duduk di tempat yang sama betul-betul sebelah pakcik tadi. Saudara Bangladesh sebelah kanan saya bangun dan bersalaman dengan saya dan pakcik tadi. Tapi saya nampak saudara Bangladesh tu berjabat tangan sambil memberikan sedikit wang kepada pakcik itu. Lepas tu diikuti dengan beberapa orang india muslim yang lain dan beberapa orang-orang melayu menghulurkan bantuan kepada pakcik tadi. Saya masih duduk di tempat yang sama, tidak berganjak. Sampai, kebanyakkan orang yang keluar melalui pintu utama masjid melihat saya dengan pandangan yang aneh. Mungkin mereka aneh sebab ada seorang mamat yang muka ala-ala cina duduk sebelah satu orang india tua bertongkat duduk sebelah-menyebelah dekat tepi tangga masjid, tapi, aneh ke? Kemudian barulah saya perasan bahawa pakcik tadi ialah seorang peminta sedekah. No wonderlah mereka-mereka itu memberi pandangan yang aneh. Mana tak, saya seperti bodyguard pakcik tadi rupanya.

Saya toleh ke arah pakcik tadi dan bertanya “Uncle, what is your name?” dia jawab “My name is Hassan Bin Ahmad”. Saya cakap “My father’s name is Hassan” he said “Masyallah, Allahu Akbar”. Saya tanya lagi “Uncle duduk mana?” dia jawab “Saya tinggal di Kosas. Where do you live?” saya jawab “Saya tidur di rumah tunang saya dekat sini je”. Dia bertanya “Kamu kerja apa?” saya jawab “Saya jual saham and insurans”. Dia tanya lagi “Dengan bank? Bank apa?” saya jawab “Yes dengan bank. Public Mutual under Public Bank”. “Berapa adik-beradik?” I said “I am the oldest and I have 2 younger brothers”. “Are they working and in university?” I answered “No uncle. One working with my father age 29 and the youngest is 23 years old and dia special, dia down-syndrome”. Then I showed him Fiqri’s picture. Spontan terpancul “MasyAllah, Allahu Akbar” sambil memegang tangan saya dengan lembut. Saya interview dia lagi “Uncle asal dari mana?” dia jawab “I am from India”. “Uncle lama dah tinggal sini?” dia jawab “Saya datang Malaysia tahun 1983”. I told him “I was 2 years old masa tu. I was born in 1981”. We laughed. Masa ni masjid dah kosong dari jemaah. Saya tanya pakcik tu dah makan ke belum, dia kata pagi-pagi tak makan lagi. Pukul 7:30am dia dah sampai masjid. Dia akan stay masjid sampai solat Jumaat, ambil daging korban dan kemudian dia balik ke rumah. Dia bagitau dia tak boleh berjalan. Kalau dia nak balik, dia akan perlukan bantuan orang sama ada tumpang kereta atau tumpang bonceng motor. Kalau tak ada sesiapa, dia akan naik teksi.

Selepas berbual secara ringkas lagi, saya minta diri untuk pergi. Saya tak boleh duduk lama lagi dengan Pakcik Hassan sebab saya amat sangat sedih melihat keadaan dan nasib beliau. Sebelum beransur, saya hadiahkan kesemua wang yang saya ada didalam wallet saya kepada Pakcik Hassan. Dia sedih dan menitiskan air mata dia sambil berkata “You go son, you go”. Saya pergi kemudian saya toleh ke belakang saya nampak dia sedang berdoa.

Jalan pintu masuk Masjid Bukit Indah. Sebelah kanan yang ada orang duduk di tangga itulah tempat kami solat. Yang berkopiah putih bersandar itulah Pakcik Hassan Bin Ahmad. Gambar ini saya ambil sebelum saya pulang.

Dengan nama Allah tidak sedikit pon terdetik riak, bangga diri ketika saya taip dan kongsikan cerita ini. Demi Allah tidak. Laknat Allah yang amat besar akan menimpa saya jika saya riak ketika berkongsi cerita ini. Niat saya adalah untuk kita sentiasa ingat tentang orang-orang yang tidak bernasib baik seperti kita. Saya teramat bersyukur Allah memberikan saya pengalaman ini mudah-mudahan saya tidak akan lupa diri bila saya jadi seorang billionaire nanti. Saya adalah seorang yang akan berpakaian sempurna dan sesuai ketika menghadiri apa sahaja majlis-majlis yang saya hadiri. Hari ini, pandangan sinis jemaah-jemaah yang pergi solat di masjid terhadap saya yang tidak berpakaian yang indah-indah, cantik dan sempurna ini seolah-olah saya ini jijik dan keji akan saya jadikan pembooster semangat saya untuk menjadi seorang billionaire yang tahu apa BasmallahNya.

Ingatlah pembaca-pembaca sekalian, jangan ukur seseorang dari luaran. Anda tidak berhak menilai individu lain dari segi itu. Allah juga tidak melihat seseorang dari luaran tetapi Allah menilai hati budi & keikhlasan seseorang hambanya tidak kira agama, bangsa dan pangkat kita. Hari ini adalah pengalaman yang teramat berharga pada saya. Hidup saya bermula dengan seorang anak kampung, campur dengan budak-budak bandar, belajar di kawasan terpencil, berubah ke kota besar, bergaul dengan menteri-menteri dalam pemerintahan negara satu ketika dulu dan sekarang bergaul rapat dengan kerabat di Raja. Hari ini mungkin Allah ingin mengingatkan saya supaya sentiasa beringat asal-usul saya, jangan lupa pada insan-insan yang memerlukan dan sentiasa ingat apa BasmallahNya yang saya bawa. Peristiwa ini menjadikan saya lagi kuat untuk mencari kesenangan dunia akhirat supaya saya boleh menjadi transit untuk membantu insan-insan yang memerlukan. Demi Allah, hanya Dia yang tahu keikhlasan saya dunia akhirat.

“Kadang-kadang, insan yang tidak sempurna itulah yang memberi ruang kepada kita supaya hidup dengan sempurna” – Andy Dhani

Selamat Hari Raya Aidiladha

.

Advertisements