Archive for May, 2013

Lupa.

Posted: May 19, 2013 in Itu Andy

Mendekah kealpaan rumpun asalmu,
Menahan runtuh itu yang perlu,
Tetapi sayang bukan bersekutu,
Yang pasti beranjak segala temu.

Adat dipapah bertongkat dagu,
Bukan senang mengumpul jitu,
Dihidang adab pada tetamu,
Jangan dilangkah bertemu siku.

Bermakhdum tumpah lahir darahku,
Masygul berasas diri berliku,
Bukannya mudah menuju ke situ,
Marlapaslah jerih disaksikan ilmu.

by Andy Dhani

Cinta.

Posted: May 19, 2013 in Itu Andy

Keindahan dan kesempurnaan terciptanya cinta,
Terlindung kecacatan dan segala cela,
Sebaliknya berlaku bila hilangnya ia,
Berhimpun menghasil keamanan tiada.

Keamanan dijaga menempelak dosa,
Kerana agama, bangsa dan negara,
Kesucian pahala tiada bandingnya,
Semuanya demi Engkau Yang Esa.

Lillahi Ta’ala

by Andy Dhani

.