Kerna Sayang.

Posted: June 9, 2013 in Itu Andy

Saya jauh dari kampung kerana tuntutan kerja. Kelmarin, saya called ibu saya bertanya khabar and updates. Dia sihat alhamdulillah. Beliau memberitahu bahawa ayah saya sedang sakit buang air besar berdarah. Banyak juga darah yang keluar beritahu beliau. Berderau darah saya dengar.

“Mana abah mak?” I asked.
“Abah tengah kerja. Along cuba telefon abah” she said.

So I called him.

“Assalammualaikum. Abah, abah berak berdarah?? Banyak??” tanya saya tegas.
“Tak adalah. Biasa la tu. Ok, semua ok” kata ayah saya dengan nada perlahan, takut.
“Dah berapa lama abah kena?” tanya saya lagi.
“Taklah abah ok. Nanti dia hilang” jawab ayah saya takut.

Untuk pengetahuan, doktor pernah buat gastroscopy tapi tak ada apa-apa. “Minggu depan Along balik kita pergi check” I told him.

Kedua ibu bapa saya sangat takut untuk memberitahu saya kalau mereka sakit. Amat-amat takut. Mereka amat-amat takut sebab ibu dan bapa saya fikir mereka akan menyusahkan saya. Itulah yang ada dalam kotak fikiran mereka. Mereka tidak mahu menyusahkan saya. Ibu bapa saya fikirkan berapa banyak duit yang saya akan belanjakan jika saya pulang ke kampung semata-mata kerana mereka. Mereka juga fikirkan berapa banyak masa yang terbuang sedangkan saya boleh berjumpa client-client saya dan bekerja instead balik berjumpa mereka.

Itulah ibu bapa saya, tak pernah berhenti walaupun sesaat untuk berkorban demi anak-anak mereka; dari dalam kandungan sehingga saya dah besar panjang. They never stop.

Saya lelaki, kuat, hensem dan macho tetapi saya tak boleh menahan kesedihan dan perasaan sedih saya walaupun ketika saya sedang menaip cerita ini. Saya akan jadi perempuan, lemah, tak cantik dan tak cool jika kedua ibu bapa saya tiada. Itu metafora dan saya belum bersedia untuk itu.

Untuk abah dan mak, abah dan mak tahu betapa sayangnya Along kat mak abah dan berapa berharganya mak dan abah kepada Along. Tak cukup Along nak berterima kasih dengan semua pengorbanan yang telah diberikan, tak cukup. Tapi, Along dah persiapkan sesuatu untuk mak and abah.

Mak and abah tak pandai pakai internet tapi anak mak and abah ni tahu. Mak dan abah bukan cikgu. Anak murid mak and abah tiga orang sahaja; Along, Firdaus and Fiqri. Selain dari amal ibadah dan anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat adalah salah satu punca pahala dan kebajikan yang amat mudah diperolehi nak-nak lagi di zaman IT ni. Mungkin mak and abah takkan dapat baca semua yang Along tulis tapi Along perlu kongsikan semua ni sebagai salah satu persiapan untuk mak dan abah diakhirat kelak.

Along kongsikan bukan untuk memalukan sesiapa, bukan kerana riak, berlagak dan sebagainya tetapi kerana Lillahitaala. Penulisan Along akan kekal disini. Segala ilmu yang dapat dicernakan oleh orang-orang yang membaca, melaksanakan malahan berkongsikannya akan turut mendapat ganjaran InsyaAllah. The best part is, ilmu tu diajar oleh mak dan abah dan sekarang anak mak dan abah yang kongsikan kepada seluruh dunia, non stop, infiniti selagi ada internet. Perkara ni juga nanti akan disambung oleh cucu dan cicit mak abah nanti, InsyaAllah.

Dari segi harta, memang Along masih belum mampu. Along belum kaya-raya lagi and along tau bukan harta benda yang mak and abah nak. Tapi, Along harap persiapan perkongsian ilmu ini akan membantu meringankan “beban” yang akan kita tanggung di sana kelak.

Semoga mak dan abah sihat walafiat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmat, diampunkan dosa-dosa dan bahagia di dunia dan di akhirat. Amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s