Orang raya makan rendang, ketupat, lemang, nasi impit, lontong kering, lodeh, kuih raya, arissa, laksa Johor and macam-macam lagi, aku makan maggie pizza sendiri bikin sama Nescafe-O panas and air suam sambil tengok “Mobbed” dekat Youtube sorang-sorang kat umah KL.
Kenapa aku tak balik? Aku nak balik tapi kereta aku bikin panas time-time aku tengah sengkek kering kontang ni. Aircond bocor and “heating” maybe radiator tersumbat. Satgi aku pegi ejas itu radiator sebab planning kali ke-3 aku, aku nak balik malam ni lepas kecundang pada planning pertama and kedua. Selain daripada tu, ade jugak sebab-sebab lain yang menjadikan aku berat nak balik tapi aku takmo spoilkan Hari Raya korang so aku reserve.
Tapi aku nak cite jugak biar korang yang hati tisu sedih sebab aku pon tengah sedih and tension. Jadi aku taip ini cerita biar korang baca, lepas tu korang sedih, then aku happy sebab korang sedih sama-sama dengan aku. Hahahaha. Padan muka!
Takde la, aku gurau jek. Dosa buat orang macam tu kan? Tak baik, nanti tuhan marah. Masalah nak balik ni berat nak cite sebab anda-anda yang berfikiran negatif ni akan sentiase berfikiran negatif (selagi tak berubah dan bertaubat) dengan apa jua sharing orang lain buat, pendapat, idealogi dan sebagainya sebab anda-anda yang berfikiran negatif merasakan idea anda seorang sahaja yang bernas dan hebat, mungkin. Sebenarnya saya dalam keadaan yang tertekan tahap dewa langit ke-77 sebab masalah datang kiri, kanan, depan, belakang, bucu-bucu, direct, indirect, senang kata keliling beliau sampai tanpa diundang. Kuangjo punye masalah!
Masalah aku ialah masalah financial. Korang pon sama kan? Tapi dalam cite ni, aku lagi teruk la sebab kalo korang kata korang punye lagi teruk, korang taip la dalam blog korang, btul tak? Hahaha. Tujuan menaip bukan nak mintak simpati, tapi dengan harapan ada pelajaran yang akan dapat dikongsi bersama supaya kita menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang. Loan-loan aku sangkut 3 bulan tak bayar, sama la dengan credit card, duit umah sebulan, hutang yang 2 tahun senyap pon tetiba boleh muncul, saman-saman yang dah 3-4 tahun pon datang dengan harapan mencuba menyeluk saku ku yang kosong and membuatkan abah aku emo dengan aku sampai sekarang. Relaks eh bah? Along balik nanti, sampai umah, Along mintak maaf, Along peluk abah, cium pipi kiri pipi kanan, kite kire kosong-kosong la eh? Buang yang keruh ambil yang jernih bah. Saman tu kire halal la hahahaha.
Setakat akhir tahun 2012 ni, aku kene cari RM250,000.00 tunai untuk settlekan masalah aku. Hebat tak aku? Kalo takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai kata orang dulu-dulu and aku bilang pada diri aku mase terdengar kata-kata itu dengan “Challenge Accepted!“. Hambik ko, ni la jadinya. Hahahaha padan muka aku. Waaaaaaait! Korang mesti ade pikir macam-macam kan? Wait until you know what’s the details pasal loan-loan tu nanti. Bukan sekarang, tapi nanti. Sekarang ni korang pegi sambung beraya dulu. Ingat artikel Kisah Nabi Musa A.S dan Nabi Khidir A.S? Jangan bersangka-sangka. Sesungguhnya persangkaan itu tidak mendatangkan sedikit pun kebaikan, ingat tu.
Kepada penghutang-penghutang, haters dan musuh ketat sama ada yang jelas atau yang dalam selimut (kalau ade la) aku rileks-rileks aje dulu raya ni sebab malas nak bikin panas. Korang dah la hutang takmo bayo, call tak angkat, SMS tak reply, Facebook, Twitter, Instagram, BBM, Whatsapp semua update bagai, blajo-blajo la jadi gentleman sikit. Telo takde ke? Eh silap, mintak maap, mintak maap. Terkasar bahasa pulak.
Kepada cinta hati aku yang confirm baca artikel aku, keluarga jauh dekat, sahabat-sahabat, rakan-taulan, saya Andy Dhani dengan ikhlas hati menyusun sepuluh jari ingin meminta maaf kepada anda semua jika ada terkasar bahasa and terkhilaf tingkah laku. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari saya yang jauh di perantauan.
Cheewaaahhhh hahahaha.
.