Pesan.

Posted: July 2, 2014 in Untuk Kau

Kau sekarang dah 7 bulan going to 8 bulan dalam kandungan mak kau. Kami dah tau jantina kau. Sekarang ni, dah sebulan lebih mak kau tak boleh tidur malam. Kau sangat aktif sampai sakit-sakit mak kau menahan rasa tu. Kesian bapak tengok mak kau. Kalau bapak boleh ambik sikit sakit yang mak kau tanggung, bapak akan ambik. Betul kesian tengok mak kau.

Biar bapak cerita sikit kat kau apa yang bapak rasa sekarang. Dulu memang selalu bapak dengar orang kata jaga orang tua, tak elok buat mak macam tu, kau tak tau masa mak kau mengandungkan kau and yada yada yada. Serious banyak gile. Best part, ada satu ayat orang pernah cakap yang berbunyi “Kau tak kawin lagi, kau tak tau. Tunggu la nanti bila bini kau mengandung”. Ok, sekarang bapak memang dah tau. Ini semua kau punya pasal! Bhahahahaha!

My point here is bila kau dah mampu digest blog bapak ni nanti and bila kau dah besor panjang nanti, orang yang paling penting kau kena jaga, ambik berat makan minum, susah senang, sakit pening and sebagainya ialah mak kau. Itu pertama-tama. Kedua, bapak nak pesan kat kau yang mak kau bukan jenis materialistik, jadi tak kisah kalau masa tu kau tengah susah or senang, kau call la mak kau, tanya kabar dia. Bapak kenal sangat-sangat mak kau. Mata dia takde lambang duit langsung. Mak kau kaya dengan budi pekerti, hati beliau sangat-sangat mulia, lemah lembut orangnya, penyayang, sangat-sangat penyabar and yang paling penting, mak kau ni mempunyai otak yang bijak. Kalau kau jadi bongok nanti, bukan dari bapak or mak kau tau? Itu kau memang bongok la tu. Hahahahaha. Alaaaah gurau sikit takkan tak boleh.

Setiap kali bapak tengok mak kau, bapak nampak atok perempuan kau iaitu mak kepada bapak kau. Sama. Keperibadian mereka sama tapi acuan mereka berbeza. Semakin umur bapak meningkat, semakin banyak bapak feel tentang mak bapak, yang mana, bapak rasa ianya amat-amat penting untuk bapak taip and sampaikan sekarang kat kau supaya kau tak leka nanti, supaya kau beringat. Kau adalah anak yang beruntung. Bapak semasa menaip artikel ni bapak bukan tengah senang. Bapak sedang diuji dengan pelbagai ujian yang bapak yakin ada hikmah yang Allah nak bagitau sama bapak. Dari hari ke hari, bapak dapat menapis dan identify mana intan, mana berlian, mana kaca dari segala aspek. Allah memang Maha Besar, Maha Bijaksana, Maha Pengasih, Maha Pemurah. Kau percayalah nak.

Hidup ni penuh dengan karma. Dia macam roda. Sewaktu kau hidup, selagi kau boleh bantu orang lain nanti, kau bantulah walaupun sedikit. Bantuan yang kau bagi tu tak semestinya berbentuk duit, tapi ianya boleh dengan pelbagai cara. Tapi nak, satu perkara yang sangat-sangat penting bapak nak kau betul-betul ingat, segala bantuan yang kau bagi, kau jangan harap balasan walaupun sedikit. Kau kena ikhlas. Ikhlas tu maksud bapak, kau jangan sesekali mengungkit, jangan sesekali harap sesuatu dari bantuan yang kau bagi tadi. Dalam family bapak, takda satu orang pun yang mengungkit and mintak balasan dengan bantuan yang telah diberi. Kami tidak diajar macam tu dan kami tidak praktikkan macam tu. Kau ingat betul-betul pesan bapak ni.

Kenapa bapak bilang benda ni semua penting? Sebab bapak dah harung sebelum kau harung. Kau tak tau bila masa kau akan diuji dengan sedikit kesusahan dan kau takkan tau bila kau akan diuji dengan sedikit kesenangan. Kalau kau tidak mula memberi, siapa yang nak mula? Kau nak tunggu orang lain buat kat kau dulu ke? Jangan tunggu, kau mula dulu. Dasar yang paling penting dalam kehidupan ni adalah ikhlas dan bersih hati. Kalau memberi, kau dulu bagi, orang lain kemudian. Kalau menerima, biar orang lain dulu terima, kau terakhir. Itu, bapak expect dari kau. Pucuk pangkal, bapak mengharapkan kau jadi seorang insan yang bersih hati dan ikhlas. Dari situ kau akan mengorak lebih jauh dengan sifat-sifat murni. Kau akan faham nanti.

Selain dari berdoa, kami sentiasa berusaha buat yang terbaik untuk keluarga kita. Doa dan usaha itu perlu selari. Sampai sini saja pesan bapak untuk kau pada hari ni. Ada masa, bapak sambung lagi.

Love,
Bapak

Leave a comment