Intro Untuk Kau.

Posted: May 3, 2014 in Untuk Kau

Assalammualaikum.

Hi there! It’s me, bapak. Bapak decided to type artikel ni lama dah tapi bapak tak sempat-sempat. Tonight, before bapak tidur, bapak rasa nak taip artikel ni untuk kau.

Mak kau tengah pregnantkan kau sekarang. Nak masuk 6 bulan dah. Kejap gila. Actually, until now bapak and mak kau tak tau lagi kau ni lelaki or perempuan, tapi tak kisah lelaki or perempuan, you will always be our baby.

Bapak created satu category khas untuk kau kat blog bapak ni. Reasonnya sebab bapak nak update live apa yang jadi sepanjang dan sebelum kau lahir. Bapak nak kau dapat info yang complete and accurate mengenai kejadian-kejadian yang berlaku supaya bapak tak lupa, supaya kau faham apa itu nilai sacrifices, supaya kau faham kenapa perlu hormat ibu bapa, supaya kau faham kenapa kau perlu jaga ibu kau incase bapak tak ada satu hari nanti and banyak lagi.

Selain daripada tu, ini adalah salah satu cara bapak mengajar kau tentang apa itu hidup sebelum bapak tua, pelupa dan nyanyuk, mungkin.

Bapak nak kau jadi seorang manusia yang bijak, cergas, cekap, bersopan-santun, mempunyai semangat juang yang tinggi, adil, amanah, pemurah, cekal, bertanggungjawab, jadi seorang manusia yang tahu menghargai insan-insan yang pernah membantu bapak dan mak kau dengan penuh keikhlasan dan yang paling penting, kau akan berjaya di dunia dan akhirat.

Dari sekarang, bapak dah vizualisekan kau jadi seorang yang hebat di dunia dan akhirat. Kau akan jadi insan yang outstanding dan disegani suatu hari nanti. Persetankan mereka yang melontarkan kata-kata negatif tentang apa yang bapak tulis sebab hanya mereka-mereka yang faham dan jelas mengenai apa itu vizualisasi sahaja yang faham apa yang bapak ertikan.

Untuk menjadi manusia yang very successful, kau perlu jadi insan yang di luar kotak. Bapak dan mak kau takkan ajar kau berfikir secara anak kecil, tapi bapak dan mak kau akan mengajar kau berfikir secara orang dewasa yang matang dan berakal.

Tanggungjawab kau bukan pada bapak dan mak kau, tetapi pada agama, bangsa dan tanahair kau. Kau wajib sumbangkan harta dan diri kau untuk ketiga-tiga perkara itu. Perlaksanaan kau perlu berstrategi, bijak dan cekap. Kami bantu kau dari sekarang. Kami vizualisekan dari sekarang.

Hidup ini puzzle, blog ini juga puzzle. Satu hari, kau akan dapat menyusun semua puzzle-puzzle ni dan kau akan tahu apa yang bapak mahu sampaikan. 9:33.

Jangan berhenti berfikir, jangan berhenti membaca. Stay hungry, stay foolish.

Love,
Bapak

Leave a comment